Bermula dengan hanya rutin latihan penerbangan akhirnya bertukar menjadi misi menyelamat.<br /><br />Itu situasi yang dihadapi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rutin latihan di Perairan Kapar, Klang sebelum menjumpai sekumpulan pemancing yang terkapai-kapai meminta bantuan setelah terkandas di Pulau Batu Berantai, Jeram pada Khamis.
